Cincopa trial has expired
Please upgrade to re-enable this video or gallery
Powered By Cincopa

Monday, 23 February 2015

Nukilan Buatmu Tok Guru | Copy&Paste


TIDURLAH TOK GURU



negerimu banjir lagi
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda 
dalam sesingkat masa

kami bukan menangisi permergianmu
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati

mengagumimu dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa

namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)

Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan

semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua

salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan in shaa Allah

************************************************************


Ya Allah.. ampunilah dosanya. Rahmatilah dia... Amin..




Related Posts:

  • Aktiviti Selepas Terawih ~ Assalamualaikum ~ Bila Ramadhan je ade terawih... bila terawih je ade Ramadhan..... dan bila Ramadhan plak ade macam2 kuih  - mui… Read More
  • Sujud Power !! Tiada perbuatan yang boleh menghampiri Allah dengan kadar yang paling hampir melainkan Sujud.... Kita seringkali merasa kurang selesa sekiranya i… Read More
  • Adam & Hawa Bercerai | Betul ke?? ~ Assalamualaikum ~ Dengar crite Adam & Hawa bercerai plak... betul ke.... haiz... episod akhir hari tu IH tengok elok jer... sweet lagi...… Read More
  • Esok Hari Lahir Dia Esok hari lahir dia...... ape aku nak bagi sempena hari lahir dia.... Jam tangan ke... Selendang ke... Telekung 3 layer ke... ke nak bagi Topup RM10… Read More
  • Aku & Dia Kini aku merasakan lebih keseorangan ... lebih dari alone.. lebih dari berasa keseorangan di tengah-tengah lautan luas yang tak bertepi... andai kat… Read More

1 penasihat utama:

Unknown said...

Semoga roh Tok Guru tenang di samping penciptaNya

Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © 2025 IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com