Pertama kali dengar perkataan JUMPSTREET dan bayangan pertama yang hadir dalam fikiran ia hanya sekadar lompat dan melompat tak tentu hala bagai tak de arah. Tapi bila dah pergi dan mencuba.. fuhhhhh.. ianya merupakan indoor sport yang menyeronokkan dan awesome.
So, Ahad lepas aku di ajak oleh cik Mawardi Yunus untuk join game ni .. so aku pergi lah sebab ahad free so takde keje nak buat.. Bila samapi je kat sane dan tgok tempat dia.. dan pergh.. bila sampai kat depan pintu masuk pun dah rasa memang Jumpstreet ni bukan calang2 punya lompat nih.. Nah gambar sekeping kalo xpercaya buat santapan korang.. ngeh2..
Tempat ni terletak dekat Petaling Jaya 8A, Jalan 13/6 Seksyen 13 belakang Syarikat "Bosch"
Pintu Masuk
Kat sini ade macam2 jenis lompatan kita boleh lompat, tak kira dari sekurus2 badan hingga ke sebesar2 badan. Opsss.. maaf kalo ade terasa hati.. sekadar menulis untuk penuhkan post blog je ni hehe.. Gambar kat bawah ni nak menunjukkan antara jenis2 lompatan yang ade. Ade banyak lagi sebenarnya... kalau nak tahu korang kena pergi.. confirm takkan menyesal.. best !
Jenis lompatan
pada hari kami pergi untuk game tu, luckily kami dapat trainer yang amat spoting dan comel.. tambah2 lagi dia sentiasa tersenyum sampai tengah melompat pun dia senyum.. :)
Trainer
Ni dia Ibunda2 yang amat baik dan happening..
Ok selamat mendarat..
Kat Jumpstreet ni ade pelbagai kemudahan tersedia seperti lokal letak barang, Cafe, Surau dan tandas. So untuk sesiapa yang gila sangat melompat boleh la duk melompat kat sana sampai kemalam..
Ni aku sertakan senarai harga base on hari untuk rujukan korang...
Off- Peak ( Isnin - Rabu ) : RM22.00
Peak ( Khamis - Ahad / Public Holiday ) : RM27.00