...

Friday 9 October 2015

JUMPSTREET | Bukan Sebarang Lompat

Pertama kali dengar perkataan JUMPSTREET dan bayangan pertama yang hadir dalam fikiran ia hanya sekadar lompat dan melompat tak tentu hala bagai tak de arah. Tapi bila dah pergi dan mencuba.. fuhhhhh.. ianya merupakan indoor sport yang menyeronokkan dan awesome.


So, Ahad lepas aku di ajak oleh cik Mawardi Yunus untuk join game ni .. so aku pergi lah sebab ahad free so takde keje nak buat.. Bila samapi je kat sane dan tgok tempat dia.. dan pergh.. bila sampai kat depan pintu masuk pun dah rasa memang Jumpstreet ni bukan calang2 punya lompat nih.. Nah gambar sekeping kalo xpercaya buat santapan korang.. ngeh2..

Tempat ni terletak dekat Petaling Jaya 8A, Jalan 13/6 Seksyen 13 belakang Syarikat "Bosch" 

Pintu Masuk


Kat sini ade macam2 jenis lompatan kita boleh lompat, tak kira dari sekurus2 badan hingga ke sebesar2 badan. Opsss.. maaf kalo ade terasa hati.. sekadar menulis untuk penuhkan post blog je ni hehe.. Gambar kat bawah ni nak menunjukkan antara jenis2 lompatan yang ade. Ade banyak lagi sebenarnya... kalau nak tahu korang kena pergi.. confirm takkan menyesal.. best !


Jenis lompatan


pada hari kami pergi untuk game tu, luckily kami dapat trainer yang amat spoting dan comel.. tambah2 lagi dia sentiasa tersenyum sampai tengah melompat pun dia senyum.. :)

Trainer


Ni dia Ibunda2 yang amat baik dan happening..




Ok selamat mendarat..



Kat Jumpstreet ni ade pelbagai kemudahan tersedia seperti lokal letak barang, Cafe, Surau dan tandas. So untuk sesiapa yang gila sangat melompat boleh la duk melompat kat sana sampai kemalam..



Ni aku sertakan senarai harga base on hari untuk rujukan korang...

Off- Peak ( Isnin - Rabu ) : RM22.00
Peak ( Khamis - Ahad /  Public Holiday ) : RM27.00










Monday 27 July 2015

Throwback Raya 2015

Alhamdulillah sempat juga kita berpuasa dan beraya pada tahun 2015 ni ye. Dah sampai hari ke-11 kita beraya...  lagu raya dalam radio pun masih lagi kedengaran.. lagi rancak ade lah. Stress jugak dibuatnye… mana taknya kita dah start keje dari hari raya ke 6 lagi.. kalau lah keje kat kampong kan best.. lepas waktu keje bleh terus sambung beraya pulak.. Herm.. moga2 dapat balik ke kampong halaman dan berkhidmat disana..

Raya tahun ni agak best jugak berbanding tahun lepas. Tahun ni banyak dapat jemputan dari kawan2.. almaklumlah.. semua dah keje.. cukup duit je kawen.. yang untung nye dapat sponsor dari family.. lagi la best… leh simpan duit selebihnya untuk benda2 laen.. moga2 aku juga dapat sponsor dari keluarga aku jugak nanti.. oh heaven saat2 orang bagi sponsor op.. haha.. doa2 kan lah noh.. amin..

Hermm..  boleh dikatakan ramai jugak lah yang kawen tahun nih. ohsemnye kawen awal.. aku jugak alone sorang2… eh!

Barakallah Hullakuma kepada rakan2 aku yang dah berumahtangga.. semoga berbahagia di dunia dan akhirat..


Ok, setakat iniyang ingin disampaikan.. yang selebihnya tengok je lah gambar raya hari tu ikhlas dari ilhamhaikal.blogspot.com

Gambar raya 2015 bersama keluarga.. Ops.. ade lagi tak masuk dalam gambar ni.. 



 
Kenduri kawen member.. semua berpasangan.. aku? kau rase..?



Rumah kawan lama..
Konvoi balik ke tempat kerja masing2



Balik Raya bersama En. Mawardi Yunus... takkan tak famous.. ahaha



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday 30 March 2015

Percutian Singkat Di Resort Avillion Admiral Cove - Port Dickson

Percutian Singkat Di Resort Avillion Admiral Cove - Port Dickson | Percutian yang singkat dan santai bersama salah seorang admin Projek Travel tak lain tak bukan En. Mawardi Yunus. Blogger yang tak kurang hebatnya di alam maya terutamanya di alam blogger.


 ilham azhari


Mula perancangan pada akhir bulan Februari 2015 tetapi atas halangan kerja terpaksalah tunda ke bulan March dan alhamdulillah selesai sudah percutian singkat itu disana. Sangat gembira dan terasa bagaikan berbulan madu. Tetapi failed sebab bertemankan Mawardi Yunus. hahaha.. sedikit ketawa disitu. Ok, Avillion Admiral Cove ni bagi saya amat sesuai percutian untuk keluarga dan suami isteri kerana suasananya yang amat relaks dan ade pelbagai permainan yang menarik sebagai contohnya abseling, Wall hiking dan flying fox. Beach games macam ni pun ade.



 Beach Games


Dan memanah pun ade... So sape-sape yang tidak pernah merasai permainan memanah boleh belajar dan memanah sepuas2nya... main sampai puas.. ok abang nih tengah mengajar macam mana nak memanah.. lihat memang nampak mudah.. bila pegang.. haaa... mana satu pegang mana satu traik pun dah salah. haha..


 Memanah | ilham azhari


Perminan ni aku lupa ape nama dia.. just naik snap gambar shaja.. sebab waktu operasi sudah tamat.. tak sempat nak merasai macam mana rasanya menaiki benda nih.. rugi kan.


 Outdoor aktiviti


Selain itu, yang uniknya resort ni ia dikelilingi kapal2 dan bot2 untuk disewa oleh pelanggan untuk berlayar ke pantai2 yang berhampiran... untuk suami dan isteri ia sangat romantik.. aku nak plan berbulan madu kat sinilah. So. korang pegi jauh2... haha


Jadi inilah dia Mawardi Yunus admin Projek Travel. Dia sangat baik hati dan peramah. opss.. betul ke.. haha..


 ilham azhari dan Mawardi Yunus



 Makan Malam - Port Dickson
Makan malam di kawasan berhampiran... 


Ruangan santai berhampiran Lobi.


Sekitar kawasan Resort.


Restoran Avillion Admiral Cove. Maka pagi.



Gambar dari atas... sape snap gambar? cuba teka.. haha.. Jemput Makan.


Disebalik Resort Avillion Admiral Cove.

Bilik tidur yang selesa dan romantik. 


Alhamdulillah selesai sudah percutian singkat 2 hari 1 malam... semua perjalanan pergi dan balik berjalan lancar. Moga2 dapat lagi travel dan buat review macam nih.. terima kasih kepada Mawardi Yunus yang sudi mengajak untuk pergi bercuti di Resort Avillion Admiral Cove - Port Dickson.




Thursday 5 March 2015

Main Tembak-Tembak Di Galactic Laser | Mid Valley


Alhamdulillah... Sempena Cuti Tahun Baru Cina hari tu aku dapat juga meluangkan masa cuti dengan abam abam dan kakak kakak yang agak famous di media sosial terutama sekali Nisa K.. ha... actually tak kenal pun sape dia ni... last-last dalam sesi perbualan antara mereka barulah ku kenali siapakah dia.. haha.. dan ade lagi ahli2 yang laen yang seangkatan dengannya..

Happening bila bersama diorang... sangat spoting dan kuat bercakap... banyak sangat point diorang bila bercakap... haha.. thats why diorang boleh terkenal dan famous di media sosial.. aku rasa untuk jadi blogger perlu ade sifat2 seperti itu.. hik3..


Projek Travel (since 2014)

Selfie Sebelum Berperang

Ok berbalik kepada tajuk asal... Galactic Laser.. sape-sape yang pernah pergi singgah Mid Valley confirm seconfirm confirmnye pasti akan perasan tempat ni.. sebab ape.. ha.. tengok dia punya pintu masuk pun dah menarik dan laen dari yang lain.. look like gaming place rigth.. ha.. memang game pun.. game tembak2.. tembak2 yang tidak merasa sakit..

The latest laser technology meets the most awesome game on the planet. Welcome to Malaysia’s largest indoor laser tag arena covering 5,500 square feet with multi-level arenas. Galactic laser is a great electronic chase-and-zap game for friends, family or colleagues. Sign up for fun laser tag missions, corporate gatherings and team-building events, college parties, or good old family party fun. And for exhausted laser taggers? There are function rooms to cool down with karaoke, pool, foosball and arcade games, plus plenty of food and drinks available, too.

Galactic Laser merupakan satu permainan yang menggunakan kecanggihan alat elektronik terkini yang di panggil Chase-and-Zap. Terdapat pelbagai stage permainan dan perlu memahami setiap stage secara detail supaya pemain tahu akan peraturan dan kelebihan setiap stage tersebut..


Lastly nak share gambar aksi panas kami kat korang supaya korang jealous.. haha

Siapa inginkan cabaran... Jom ke Galactic Laser...!!


Ruangan masuk ke arena game dan alat yang perlu dipakai... macam citer star warz pun ade.. wooo


Gelanggang Permainan



Kami dah tak sabar nak berperang..

Ade gaya tak.. 


Semua tengok ranking masing2.. ok first time bermain.. aku di rangking agak teratas.. herm. amat memberansangkan.. 



Mawardi bersama abam Ninja yg ohsem..


Nisa K dapat hadiah bertuah... Untungla...



That's All.... ;)

Monday 23 February 2015

Nukilan Buatmu Tok Guru | Copy&Paste


TIDURLAH TOK GURU



negerimu banjir lagi
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda 
dalam sesingkat masa

kami bukan menangisi permergianmu
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati

mengagumimu dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa

namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)

Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan

semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua

salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan in shaa Allah

************************************************************


Ya Allah.. ampunilah dosanya. Rahmatilah dia... Amin..




Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com