...

Tuesday, 30 July 2013

Sujud Power !!


Tiada perbuatan yang boleh menghampiri Allah dengan kadar yang paling hampir melainkan Sujud....
Kita seringkali merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama..
Tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah 
yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan. 
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan 
Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan - kelebihan yang selalunya tidak dicapai oleh akal manusia..




Jika dilihat.... dan difahami makna sebutan kita didalam solat, semuanya merupakan rayuan dan permintaan... dan jugak puji-pujian kepada Yang Maha Esa....
Meminta merupakan suatu perkara yang dilakukan oleh orang yang sangat-sangat memerlukan sesuatu perkara sehingga sanggup merayu dengan lemah lembut dan pengharapan yang amat tinggi di atas permintaan...

tidak ade manusia yang sungguh-sungguh meminta.. meminta dengan cara yang kurang sopan.. dan tidak beradab....

begitu juga kita dengan Allah s.w.t... bukan kadang-kadang kita meminta.. tetapi tiap-tiap masa dan tiap-tiap hari... jika tidak ade adab dan cara yang betul... bagaimana mungkin Allah menerima permintaan hamb-hamba NYA...

Tanda kesungguhan hambanya meminta... adalah permintaan di waktu yang sunyi sepi dipenuhi kegelapan dan dikala orang lain hanyut diulik mimpi... hambanya merayu dalam tangisan... dengan penuh adab dan pengharapan... itulah kemuncak permintaan seorang hamba yang meminta...

mintalah denganNYA... sesungguhnya Allah Maha Mendengar...............


p/s : sempena bermulanya 10 terakhir Ramadhan semalam.. marilah sama-sama kita menigkatkan ibadah dan ketaatan kita kepadaNYA.... semoga Ramadhan kali ini mendapat 3 perkara yang penting.. Rahmat.... Pengampunan dan Perlepasan dari api Neraka..





0 penasihat utama:

Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com