...

Sunday 9 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370 MAS Menjadi Lebih Misteri

Pelik.... Banyak pendapat dan info2 yang memeningkan kepada saya apatah lagi masyarakat diluar sane yang menunggu-nunggu berita yang sahih yang berlaku ke atas pesawat MH370 yang hilang itu..

Pelik... dan tetapi hairan... ha.. biasa dengar cerita pelik tapi benar... tapi kali ni lain... aku pun naik konfius dan keluri (keliru) apabila dari semasa ke semasa mendapatkan berita tentang pesawat MH370 ini... namun walaubagaimanapun pelbagai perkara yang diperkatakan dan diberitahu tentang pesawat tersebut oleh pihak yang berkenaan...

Menurut Panglima Tentera Udara, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu untuk berpatah balik disebabkan oleh rekod radar yang diperolehi. Ade kemungkinan yang mengatakan pesawat ini berpatah balik ke KLIA.. 

herm.. kenapa berpatah balik?? pelik... ape yang saya tahu.. setiap ape yang akan dibuat oleh pilot seperti nak naikkan kelajuan atau nak belok ke kiri atau kekanan perlu mendapatkan persetujuan oleh menara kawalan.. WAllah HuA'lam...

Selain dari itu, siasatan yang dijalankan ke atas maklumat2 penumpang pesawat MH370 tersebut telah mengesan pasport yang digunakan oleh beberapa penumpang adalah palsu dan dipercayai telah dilaporkan hilang oleh orang dari negara lain.. pelik.. bagaimana ia boleh terjadi..??

oleh itu semua pihak keselamatan dalam negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat akan mengambil siasatan mengenai empat individu dalam pesawat MH370 berikutan terdapat laporan empat individu menggunakan pasport palsu milik warga Itali dan Austria menaiki pesawat itu.. oh jem.... adekah mereka punca kehilangan pesawat tersebut?? kalau betull... ape tujuan mereka?? ade kah mereka ade agenda trsendiri.?? 

sejak dari pagi tadi.... tragedi pesawat MH370 yang hilang ini telah menjadi isu yang paling hangat dan telah menjadi tajuk utama akhbar di beberapa negara seperti :


  1. Akhbar di Australia - ’Flight Families Pray for Miracle
  2. Sydney - ’Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet’ 
  3. USA Today - ’Stolen Passports Add to Flight Mystery’.
  4. Britain - akhbar The Observer  yang bertajuk Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead’.
  5. The New York Times dengan tajuk ’Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239’
  6. Washington Post pula bertajuk ’Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet’.
  7. Beijing Bulletin - ’Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight’ 
usaha mencari pesawat tersebut telah diperluas dan banyak pihak telah memberi bantuan untuk mencari pesawat tersebut. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin telah mengarahkan sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang masih hilang itu.
Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita juga mendapat bantuan pesawat dari negara jiran iaitu Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.



Gambar minyak yang dikesan di laut.


“Mase sekarang kita perlu hanya berdoa agar semua dalam keadaan selamat.. dan jangan lah ada diantara kita mengeruhkan lagi keadaan yang telah keruh... ambil iktibar.. dan jangan timbulkan sebarang konflik atau respon yang tidak patut kepada pihak yang menjalankan tugas.. perkara ini memang mengambil masa yang agak lama..


Untuk maklumat para pembaca, perkara ini telah berlaku ke atas pesawat Air France 447 pada tahun 2009 dan pesawat tersebut hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. itu pun hanya menjumpai serpihan ekor pesawat shaja.. seminggu selepas kehilangan baru ditemui.. bayangkan.... begitu lama..
usaha mencari pesawat tersebut dihentikan pada 27 Jun 2009... tetapi.... selepas 2 tahun selepas itu penemuan kotak hitam hak milik pesawat itu pula dijumpai dan termasuk bangkai besar pesawat tersebut.

p/s : Jom sama kita doakan agar anggota yang terlibat dalam pencarian itu menemui pesawat secepat yang mungkin dan agar mereka yang terlibat tabah menghadapi musibah yang melanda.. Semua adalah ketentuan Allah...  mungkin ia iktibar untuk umat Islam semua kerana kuasa Allah mengatasi kecanggihan teknologi yang ade sekarang... Allah Maha Besar.


0 penasihat utama:

Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com