...

Saturday 8 March 2014

Pesawat MAS MH370 terhempas di laut Vietnam - Reuters





Subhanallah... betulkah pesawat MAS MH 370 terhempas?? apekah yang telah berlaku sebenarnya...???

bagaimana boleh terjadi?? kat mana pesawat tu terhempas??

herm.. pelbagai persoalan timbul. setelah meneliti dan mendengar info dari semasa ke semasa.. pesawat MAS (Malaysia Airlines) yang membawa 227 penumpang dan juga 12 anak kapal (krew) telah dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam dan pulau itu terletak di barat daya di selatan Vietnam. (sumber: Utusan Malaysia)

Alhamdulillah... akhirnya sedikit persoalan telah terjawab akan sebab hilangnya signal sejak dari pukul 2 lebih pagi tadi keranan terhempas di lautan.. tetapi... walaubagaimanapun, pegawai yang membuat laporan itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS

sebab-sebab berlakunya perkara yang tidak diingini ini masih lagi tidak diketahui dan akan diperiksa dari masa ke semasa..

ape-ape pun kita sama-sama berdoa agar operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian berjalan dengan lancar dan selamat.


P/s : Ya Allah. tabahkan hati saudara mara mereka dan diri mereka sendiri dalam musibah yang menimpa ini.
Amin..

Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com