...

Wednesday 12 March 2014

Betulkah Pesawat MH370 Dirampas

Banyak sebab2 kebarangkalian yang akan berlaku ke atas pesawat yang hilang Sabtu yang lepas... antara sebabnya ialah pesawat MH370 dirampas.. 


Betulkah pesawat hak milik negara kita dirampas?? Kenapa ia perlu berlaku sedangkan negara kita tidak ade masalah dengan negara lain. Semua orang mengetahui bahawa negara kita adalah negara yang mengambil berat akan masalah negara - negara lain. Adekah negara yang berkebajikan ini dilayan sebegini? ape salah Malaysia?


Sepatutnya TIDAK. Tapi apekah sebab lain penyebab hilangnya pesawat MAS MH370 tersebut. Banyak persoalan kini timbul. Banyak perbincangan dalam televisyen akan hal ehwal sebegini dan akhirnya menemui jalan buntu akan bagaimana hilangnya pesawat ini. 

Dan salah seorang daripada perbincangan telah mengungkapkan beberapa patah perkataan seperti :

"Bilamana berakhirnya sains di situ bermula kudrat Allah" 

Manusia lupa akan kekuasaan Allah S.W.T. apabila teknologi menguasai hati-hati mereka dan percaya teknologi mampu untuk mencari pesawat yang hilang. Apabila teknologi yang ade tidak mampu untuk mencapai suatu yang dinginkan pemikiran manusia menemui jalan buntu. 

Tetapi bilamana merujuk akan kekuasaan Allah, pemikiran manusia yang selama ini buntu berakhir dengan penerimaan yang baik oleh akal fikiran manusia. Otak manusia menerima dengan baik bila ia disandarkan dengan kekuasaan Allah. Dan beban memikirkan perkara itu tidak lagi membebankan fikiran manusia.

Jika kita mempelajari aspek atau cara otak memahami, ia memahami dengan ajaran dan latihan dan boleh mencapai tahap 100% pemahaman. oleh itu otak atau akal fikiran kita akan mencapai 0% kesalahan akan keupayaan untuk membuat kesimpulan dengan ape yang difahami. **(orang yang belajar neural network dia mungkin tahu benda nih.. hehe..)



Jika anda mempelajari akan teknologi Neural Netwok Controller, ia merupakan teknologi terbaru yang hampir mnyerupai fungsi otak. So, ape yang ingin disampaikan disini ialah pemahaman dan penerimaan akal fikiran manusia apabila disandarkan dengan kuasa Allah, ia dengan mudah tanpa rasa kebingunngan akal menerima dengan cara yang paling selesa.

SubhanAllah.... hebat nya Allah.

p/s : mungkin ade yang kurang faham akan maksud post hari ini... ape2 pun terima lah ia atas alasan kebenaran akan kehebatan dan kuasa Allah S.W.T.






Monday 10 March 2014

Sains & Yang Mencipta Sains

Hari ni malas nak menulis pasal MH370... Tidak ade tande terbaru yang boleh dijadikan info untuk malam ini..
terima lah ia sebagai Qada' dan Qadar yang Allah telah tetap kan... dan terimalah sebagai ujian dan pengajaran kepada kita bahawasanya tiada yang lebih hebat dari kehebatan Allah S.W.T.


Dengar dan hayati kata-kata Kapt. Norrudin Abdul Majid

Sunday 9 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370 MAS Menjadi Lebih Misteri

Pelik.... Banyak pendapat dan info2 yang memeningkan kepada saya apatah lagi masyarakat diluar sane yang menunggu-nunggu berita yang sahih yang berlaku ke atas pesawat MH370 yang hilang itu..

Pelik... dan tetapi hairan... ha.. biasa dengar cerita pelik tapi benar... tapi kali ni lain... aku pun naik konfius dan keluri (keliru) apabila dari semasa ke semasa mendapatkan berita tentang pesawat MH370 ini... namun walaubagaimanapun pelbagai perkara yang diperkatakan dan diberitahu tentang pesawat tersebut oleh pihak yang berkenaan...

Menurut Panglima Tentera Udara, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu untuk berpatah balik disebabkan oleh rekod radar yang diperolehi. Ade kemungkinan yang mengatakan pesawat ini berpatah balik ke KLIA.. 

herm.. kenapa berpatah balik?? pelik... ape yang saya tahu.. setiap ape yang akan dibuat oleh pilot seperti nak naikkan kelajuan atau nak belok ke kiri atau kekanan perlu mendapatkan persetujuan oleh menara kawalan.. WAllah HuA'lam...

Selain dari itu, siasatan yang dijalankan ke atas maklumat2 penumpang pesawat MH370 tersebut telah mengesan pasport yang digunakan oleh beberapa penumpang adalah palsu dan dipercayai telah dilaporkan hilang oleh orang dari negara lain.. pelik.. bagaimana ia boleh terjadi..??

oleh itu semua pihak keselamatan dalam negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat akan mengambil siasatan mengenai empat individu dalam pesawat MH370 berikutan terdapat laporan empat individu menggunakan pasport palsu milik warga Itali dan Austria menaiki pesawat itu.. oh jem.... adekah mereka punca kehilangan pesawat tersebut?? kalau betull... ape tujuan mereka?? ade kah mereka ade agenda trsendiri.?? 

sejak dari pagi tadi.... tragedi pesawat MH370 yang hilang ini telah menjadi isu yang paling hangat dan telah menjadi tajuk utama akhbar di beberapa negara seperti :


  1. Akhbar di Australia - ’Flight Families Pray for Miracle
  2. Sydney - ’Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet’ 
  3. USA Today - ’Stolen Passports Add to Flight Mystery’.
  4. Britain - akhbar The Observer  yang bertajuk Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead’.
  5. The New York Times dengan tajuk ’Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239’
  6. Washington Post pula bertajuk ’Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet’.
  7. Beijing Bulletin - ’Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight’ 
usaha mencari pesawat tersebut telah diperluas dan banyak pihak telah memberi bantuan untuk mencari pesawat tersebut. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin telah mengarahkan sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang masih hilang itu.
Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita juga mendapat bantuan pesawat dari negara jiran iaitu Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.



Gambar minyak yang dikesan di laut.


“Mase sekarang kita perlu hanya berdoa agar semua dalam keadaan selamat.. dan jangan lah ada diantara kita mengeruhkan lagi keadaan yang telah keruh... ambil iktibar.. dan jangan timbulkan sebarang konflik atau respon yang tidak patut kepada pihak yang menjalankan tugas.. perkara ini memang mengambil masa yang agak lama..


Untuk maklumat para pembaca, perkara ini telah berlaku ke atas pesawat Air France 447 pada tahun 2009 dan pesawat tersebut hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. itu pun hanya menjumpai serpihan ekor pesawat shaja.. seminggu selepas kehilangan baru ditemui.. bayangkan.... begitu lama..
usaha mencari pesawat tersebut dihentikan pada 27 Jun 2009... tetapi.... selepas 2 tahun selepas itu penemuan kotak hitam hak milik pesawat itu pula dijumpai dan termasuk bangkai besar pesawat tersebut.

p/s : Jom sama kita doakan agar anggota yang terlibat dalam pencarian itu menemui pesawat secepat yang mungkin dan agar mereka yang terlibat tabah menghadapi musibah yang melanda.. Semua adalah ketentuan Allah...  mungkin ia iktibar untuk umat Islam semua kerana kuasa Allah mengatasi kecanggihan teknologi yang ade sekarang... Allah Maha Besar.


Info Terbaru Pesawat MH370 MAS Yang Hilang


Khabar sebelum ini yang menyatakan bahawa pesawat MH370 terhempas di perairan Vietnam adalah tidak sahih dan masih lagi dalam siasatan dan kerja2 mencari masih lagi diteruskan oleh pihak keselamatan dan tentera Malaysia...

Buat mase sekarang usaha mencari pesawat diperluas dan negara yang berhampiran dengan kejadian turut membantu misi mencari pesawat tersebut...  usaha mencari diperluas hingga meliputi  Selat Melaka mengikut Standard Operation Procedure (SOP)..

Selain dari itu... ada juga yang menyatakan pasukan mencari menjumpai kesan minyak di lautan tersebut dan perkara ini belum disahkan lagi dan belum ade laporan mengenai perkara tersebut dan Jabatan Penerbangan
awam (DCA) masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Vietnam mengenainya...

Menurut laporan-laporan berita, tumpahan minyak itu dikesan di perairan selatan Vietnam pada Sabtu dan masing-masing adalah sepanjang kira-kira enam dan sembilan meter. (sumber : Utusan Malaysia)

Maklumat terbaru yang diterima, pesawat berkenaan hilang dari radar udara di antara sempadan perairan Malaysia dan Vietnam.


setakat pukul 9.30 malam tadi, belum ade sebarag ape2 petunjuk baru mengenai penemuan pesawat MH370 tersebut,







p/s : ini sahaja yang up to date buat mase ni...  kita doakan agar semua selamat... amin..


Saturday 8 March 2014

Pesawat MAS MH370 terhempas di laut Vietnam - Reuters





Subhanallah... betulkah pesawat MAS MH 370 terhempas?? apekah yang telah berlaku sebenarnya...???

bagaimana boleh terjadi?? kat mana pesawat tu terhempas??

herm.. pelbagai persoalan timbul. setelah meneliti dan mendengar info dari semasa ke semasa.. pesawat MAS (Malaysia Airlines) yang membawa 227 penumpang dan juga 12 anak kapal (krew) telah dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam dan pulau itu terletak di barat daya di selatan Vietnam. (sumber: Utusan Malaysia)

Alhamdulillah... akhirnya sedikit persoalan telah terjawab akan sebab hilangnya signal sejak dari pukul 2 lebih pagi tadi keranan terhempas di lautan.. tetapi... walaubagaimanapun, pegawai yang membuat laporan itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS

sebab-sebab berlakunya perkara yang tidak diingini ini masih lagi tidak diketahui dan akan diperiksa dari masa ke semasa..

ape-ape pun kita sama-sama berdoa agar operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian berjalan dengan lancar dan selamat.


P/s : Ya Allah. tabahkan hati saudara mara mereka dan diri mereka sendiri dalam musibah yang menimpa ini.
Amin..

Adik Baru Nak Main | Banyak Syok

Alahai..... ingat dah last sem ni dapat la main badminton dan beraksi buat kali terakhir dalam universiti sendiri.. tapi apekan daya... mungkin tidak ade rezeki.. herm... disebabkan sukan badminton tidak termasuk dalam senarai sukan PPK (Pusat Pengajian Kejuruteraan)... aku mula la try nasib main sukan squash plak.. boleh la tu.. main guna raket jugak.. ramai yang cakap kalau orang yang pernah main badminton ni.. senang untuk main squash tu.. cuma ade beza sikit je..

First time petang semalam tadi main... hok aloh.. banyak syok... tapi... susah jugak sebab taktau sangat cara bermain squash ni.. orang tengok pegang racket squash nampak segak da.. macam pandai main.. haha.. masuk gelanggang pukul bola tak kena... ohsem disitu.. kalau dah jadi camtu. cuba la cover2 pegang racket... ketuk2 racket.. racket masalah kot.. haha

herm... test pukul dua tiga kali... aku mula dapat tangkap cara permainan sukan ni.. takla susah sangat.. memang senang... dan banyak syok.. rase macam nak main hari2..

Almaklum.. masa dah suntuk.. Dipendekkan cerita.. aku terpilih untuk mewakili school aku dalam sukan tu.. ohsem lagi... first time main dh wakil school.. haha.. nampak tak permainan aku.. keh3.. bleh tahan jugak la aku ni.. bleh main la orang kate..

aku tertengok tulisan ni didinding tempat aku main squash.. aku pun O........ (buat2 paham) 

 UniMAP Squash


p/s : aku hari ni jadi macam junior... orang baru dalam squash la katakan... "adik baru nak main" haha.. ape2 pun wish me luck.!





Thursday 6 March 2014

Baucer Buku RM250.00 | Senyum Panjang





Baucer Buku RM250.00 or BB1M dua2 ni same.. xlen xbukan.. herm..

Sebelum ni jealous tengok abam2 dan kakak2 kita dapat BR1M.... Mate jeling2 tengok kat diorang sebab dapat duit kan... mane tak jealous... diorang dapat duit.. macam2 boleh beli.. coklat.. handset... nasi ayam goreng... char kuey teuw.... dan bagai2 lagi..

Kita plak dapat kertas yang ade tulis RM50 .. laku untuk beli buku shj.... ohsem.. takpe.. bagus la tu.... Amalan membaca memang bagus dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ade dan memperkemaaihkan lagi pemahaman seseorang... OK.

Ape nak buat dengan baucer buku...??

bagi kami untuk pelajar tahun akhir ni. buku takdela nak beli sangat... kebanyakan duit kluar sebab banyak beli alat2 untuk buat projek tahun akhir... apekah boleh baucer buku digunakan untuk membeli barang tersebut..?? herm... kena inform kat menteri kewangan ni... adjust baucer boleh beli barang2 keperluan  projek pelajar untuk pelajar  tahun akhir... haaa amacam.. ade bran ka? haha..

tapi ape2 pun jom pakat2 cek tatacara nak guna BB1M nih..

TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi

b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing

c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini

d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut

e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan

f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai

g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja

h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012


erm.. ape korang faham dengan ayat nih

 " Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing "

'peralatan pembelajaran.' macam boleh pakai je... ape2 pn nanti p kedai alat elektronik p tanya.. ok.. style.. +.+


p/s : Guna sebaik mungkin 






Wednesday 5 March 2014

PAPINKA | Mengapa mudahnya hati mu mendua


 _ MASIH MENCINTAINYA _



Terlayan lagu ni... macam best... macam syok..

...Sedih pun ada....

setiap sesuatu yang kita lalui tetap kekal dalam ingatan walaupun ia adalah saat yang paling pahit dalam hidup dan cuba untuk melupakannya itu pasti tidak dapat..

Bookmark Us

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search

Copyright © IlhamHaikal | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com